Friday, December 21, 2007

Melakar Semula Sejarah Islam (1)

Bab 1: Pengenalan

Ini adalah cerita yang baru mengenai Islam. Cerita mengenai pergerakan yang dilancarkan oleh Muhammad, Pesuruh Allah, di dalam tahun A.D. 610 di Makkah, dan telah disempurnakan dengan sokongan dari sepupu baginda, Ali ibn Abi Talib, di dalam tahun A.D. 632 di Medina. Di dalam tempoh waktu sembilan puluh tahun dari A.D. 570 apabila baginda dilahirkan di Makkah, kepada A.D. 661 apabila pengganti baginda, Ali ibn Abi Talib, telah dibunuh di Kufa.

Terlalu banyak sejarah Islam yang telah ditulis dimasa-masa silam dan akan ditulis lagi dimasa-masa mendatang. Perkembangan Islam didalam bidang dakwah dimasa kini; terutama kebangkitan semula Islam setelah berkurun-kurun lamanya tenggelam; dan peranan minyak sebagai faktor yang baru didalam dunia politik diabad ini; akan tetapi yang terlebih utama dan yang baru saja berlaku, adalah kejayaan Revolusi Islam di Iran, semua ini sebagai pengerak kepada kebangkitan Islam yang baru di Timur dan Barat. Revolusi di Iran telah memulakan suatu ledakkan diserata dunia untuk membangkitan Islam, dan banyak buku telah ditulis mengenai perkara ini oleh orang Islam dan yang bukan Islam.

Diwaktu ini apabila ketua-ketua pemimpin agama kristian sedang berkerja secara senyap-senyap untuk menyedarkan semula impian asal dan tujuan mereka, ramai orang Islam juga sedang melihat kembali kepada keadaan sebuah negara yang ideal [sempurna] apabila Islam itu ‘bersatu’. Bagaimana pun, Islam hanya bersatu pada masa hidupnya Rasul, Muhammad. Sebaik sahaja Rasul wafat, keretakkan pertama telah mula timbul di dalam perpaduan Islam. Pengikut baginda – para Muslim – telah terbahagi kepada dua golongan. Di dalam perpecahan ini, ramai dari para sahabat baginda disatu kumpulan dan ahli keluarga baginda dikumpulan yang lain. Ketika ahli keluarga baginda sedang sibuk dengan urusan menyiapkan jenazah, sebahagian dari para sahabat sibuk pada ‘melantik’ ketua negara yang baru untuk menggantikan baginda. Diantara waktu wafatnya baginda dan waktu pengkebumiannya, kumpulan para sahabat telah berkumpul disebuah tempat perjumpaan [Saqifa] di Medina, dan disana mereka telah melantik seorang, dari kalangan mereka sebagai ketua yang baru bagi ummah. Mereka kemudian berhadapan dengan ahli-ahli dari keluarga Rasul, lalu memberikan keputusan mereka yang tidak boleh dibantah [dipaksakan]. Pertentangan ini, malangnya, telah menjadi perkara yang kekal di dalam sejarah ummah Islam.

Muhammad, Rasul Allah, adalah dari kaum Banu Hashim. Setelah baginda wafat pada 632 A.D, sepupu, menantu dan juga pewarisnya, Ali ibn Abi Talib, menggantikan baginda sebagai ketua Banu Hashim yang baru. Ramai dari para sahabat Muhammad, Rasul Islam, telah menyimpan secara rahsia rasa permusuhan terhadap beliau. Mereka tidak menunjukkan perasaan permusuhan ini semasa hidupnya Rasul, tetapi apabila mereka dapat menguasai kerajaan baginda di Medina, mereka memastikan supaya kekuasaan ini tidak terlepas, melalui apapun juga kedalam tangan Ali ibn Abi Talib. Dari itu ahli dari keluarga Muhammad, Rasul Allah, telah tewas kepada kuasa manusia ramai, bukan hanya dari kedudukan sebagai pengganti Rasul tetapi juga dari segala kedudukan dan kuasa didalam kerajaan yang dilantik oleh pengikut baginda [para sahabat].

Rakan, pengikut dan penyokong ahli keluarga Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, di dalam sejarah telah di panggil Shia; dan rakan, pengikut dan penyokong para sahabat, iaitu parti yang berjaya merampas tampok pemerintahan di Medina, telah di panggil Sunni. Saya juga akan menyebutkan dua kumpulan tersebut dengan nama-nama ini.

M. Shibli, seorang India, ahli sejarah Islam yang terkenal, telah mengatakan, hampir kesemua sejarah Islam telah ditulis oleh ahli sejarah sunni. Kenyataan ini menunjukkan, ulama’ shia tidak menulis sejarah Islam. Mengapa tidak? Mereka tidak menulis sejarah oleh kerana sebab yang nyata. Semua khalifa, sultan dan raja adalah golongan sunni. Shia tidak boleh menerbitkan interpretasi sejarah Islam yang berlainan dari interpretasi kerajaan, dan shia tidak berhasrat untuk membenarkan apa yang mereka telah yakini, iaitu sesuatu yang telah diubah dari keadaan sebenarnya. Maka shia mengambil keputusan untuk tidak menulis sejarah sama sekali. Dengan sebab itu, maka sejarah-sejarah Islam adalah dari kenyataan ‘rasmi’ kerajaan sahaja, yang telah diterima pakai sekarang. Adalah perkara yang paling logik bagi kerajaan Islam, di abad permulaan untuk melakukan, iaitu mengadakan di dalam sebaran am mereka, cerita-cerita yang dikehendakki oleh mereka sahaja. Begitu juga logiknya peranan penyokong kerajaan yang diperkatakan, pasti mengikuti segala arahannya. Didalam mengikuti kehendak kerajaan, jika mereka-mereka ini [penyokong kerajaan] merasakan perlu untuk menyembunyikan kebenaran atau paling tidaknya pada menafikan cerita dari parti lawan, itu adalah amat logik untuk mereka lakukan.

Tidak ada yang aneh atau yang memeranjatkan didalam atitiut [kerekter] penulis sejarah sunni. Perkara yang paling logik untuk mereka lakukan adalah menegakkan akan sahnya [diterima] peristiwa yang berlaku di Saqifa, dimana sebahagian dari para sahabat, semasa ummah Islam sedang berkabong, telah merampas kerajaan Muhammad.

Tetapi yang memeranjatkan adalah penulis-penulis sejarah dari barat yang menulis mengenai Islam, para Orientalis ini telah menelan dan menerima semuanya, apa saja ahli sejarah ‘istana’ telah berikan kepada mereka sebagai fakta, sama juga seperti sahihnya kitab-kitab mereka [sunni]. Sepatutnya para penulis Orientalis lebih berobjektif, tidak berpihak, dan di dalam persengketaan yang berlaku mereka tidak terlibat secara emosi. Keputusan dari perebutan tertentu, yang berlaku dimasa silam Islam, walau apa juga keputusannya, tidak memberikan sebarang perbezaan kepada mereka.

Bahkan kini, kebanyakkan dari kerja-kerja mereka menunjukkan, bukan kepada fakta tetapi kepada interpretasi dan propaganda dari parti yang memerintah. Dalam hal ini, kerja-kerja mereka adalah turutan dari buku-buku yang telah ‘di ilhamkan’, sebagaimana yang dikatakan oleh komunis, dari ‘golongan pemerintah’ Muslim.

Kerja-kerja para Orientalis boleh mempunyai nilai saintifik, jika mereka mematuhi nasihat dari ahli sejarah Islam berbangsa Spanyol yang terkemuka, Dr. J. A. Conde. Dia berkata: “Suatu bentuk penyelewengan yang mendampingkan dirinya pada urusan manusia yang mengarahkan bahawa didalam hubungan kejadian sejarah, mereka-mereka yang begitu penting akan jatuh ketahap serendah-rendahnya melalui saluran-saluran yang meragukan dari penyampaian penulisan oleh parti yang menang. Perubahan empair, terjadinya revolusi yang penting dan jatuhnya dinasti yang terkenal, kesemuanya boleh dikaitkan dengan penyampaian yang sebegini. Adalah dari penulis Roman sendiri bahawa sejarah keagungan mereka telah ditulis; cerita-cerita mengenai penentangan dan peperangan sengit yang mereka alami dengan Carthaginian telah sampai kepada kita dari penulis-penulis mereka; atau jika penulis Greek menulis perkara tersebut, penulis-penulis ini adalah dari kalangan penyokong-penyokong yang bergantung pada pihak Roman; dan mereka adakan sanjungan dan pujian yang berpihak kepada Roman. Maka terlihatlah kepada kita Scipio sebagai wira yang paling disanjungi, tetapi itu bukanlah yang sebenarnya, kerana sejarah hidupnya telah ditulis oleh hasil kerja penyokong dan pemujanya? Adalah benar bahawa kebangsawanan lagi terkenalnya Hannibal, tidak akan dilihat sebagai yang sebaliknya, walaupun jika yang menyampaikan cerita itu adalah musuh beliau; kerana jika tidaklah kerana kekejaman, kebencian dan polisi agresif Roman, yang mengarahkan supaya dimusnahkan segala bahan sejarah mengenai Carthage purba dan penduduknya serta peperangan mereka dengan Roman, maka General-genaral yang terkenal itu akan dilihat oleh kita dari satu sudut aspek yang berlainan dari apa yang di bentangkan oleh mereka yang biadap [barbarian] lagi kejam itu, seperti yang telah diulas oleh Livy dan diterima oleh pembaca sebagai gambaran Hannibal. Maka diskriminasi yang adil lagi saksama melarang kami dari merasa cukup dengan testimoni dari satu pihak sahaja. Ini memerlukan pada perbandingan diantara dua testimoni dengan di teliti tanpa berpihak, dan menyatakan semula semua yang ditemui, dengan tiada mempunyai niat yang lain dari untuk mendapatkan kebenaran.’ [History of the Dominion of the Arabs in Spain translated from Spanish by Mrs. J. Foster, Volume 1, page 1]

Tidaklah boleh dikatakan bahawa ramai penulis Orientalis telah tidak memberikan banyak sumbangan yang berharga di dalam pengajian, pengetahuan dan pemahaman mengenai Islam. Hanya dari usaha mereka sahaja khazanah Islam yang tidak ternilai harganya, seperti sejarah, seni dan kesusasteraan telah dapat diselamatkan dan kini dikekalkan. Besar kemungkinan banyak dari khazanah-khazanah tersebut telah lupus untuk selamanya jika tidak dari usaha mereka untuk menyelamatkannya. Diantara mereka ada yang mengetahui secara khusus mengenai pengajian Islam, dan pengetahuan mereka adalah umpama ensiklopedia. Mereka telah membaca dan mengumpulkan bahan-bahan yang khusus dengan banyaknya, dan kemudian memendekkan, menyusun dan menyuntingnya didalam bentuk kritikal analisis. Sebahagian dari mereka telah menghabiskan usia dan harta didalam pengajian tentang Islam, dan kepada mereka-mereka ini, dunia Islam telah terhutang budi dan juga jasanya.

Tetapi walaupun begitu, kecintaan penuntut-penuntut Barat yang mendalam pada ilmu pengetahuan, dan keinginan kepada kebenaran telah dapat di lihat apabila ramai dari mereka menyebut mengenai Islam; sejarah dan institiusinya, kadang-kala mereka telah tersasar [tersalah]. Sesuatu yang amat menakjubkan, tetapi benar, bahawa sebahagiannya telah memperlihatkan ketidak mampuan mereka untuk melihat menembusi peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku berulangkali, kepada sesuatu yang tidak jelas fakta dan kebenarnya. Dan sebahagian dari mereka, bahkan gagal untuk melihat kepada fakta yang nyata.

Saya telah sebutkan diatas, prinsip-prinsip pada penulisan saintifik dan sejarah yang saksama sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Dr. Conde, yang mana dirinya sendiri adalah seorang Orientalis yang terkemuka. Prinsipnya, adalah, tidak ada pakar penilai dalam ilmu sejarah, maka semuanya bergantung kepada apa yang diterima akal, dan tidak ada yang mistik [misteri] mengenainya. Dan bahkan, ramai dari para Orientalis telah menerima dan mempercayai sesuatu yang bodoh, seumpama peristiwa-peristiwa yang berlaku sejurus setelah wafatnya Muhammad, sebagaimana yang telah disampaikan oleh kerajaan yang berjaya merampas tahta untuk diri mereka.

Contoh yang amat jelas pada memperdayakan, dan penerimaan yang salah pada asasnya oleh para Orientalis didalam hal ini, adalah penerimaan mereka sebagai ‘fakta’ sejarah palsu bahawa Muhammad, Rasul Allah, wafat tanpa melantik sesiapa sebagai penggantinya, dan bahawa baginda meninggalkan masalah mencari ketua bagi ummah Muslim kepada kebijaksanaan pengikutnya sendiri.

Tiada seorangpun Orientalis yang berhenti sejenak, sejauh yang saya tahu, untuk menyelidikki sama ada ianya benar atau pun munasabah bahawa Muhammad telah meninggalkan ummah Muslim tanpa pemimpin, sehinggakan mereka terpaksa mencari seorang pengganti dengan tiada sebarang peraturan pada cara perlantikkannya, ianya adalah milik semua, apa cara saja boleh dipergunakan untuk mendapatkan kuasa. Dengan menjauhkan diri dari bersusah payah pada mencari kebenaran, maka para Orientalis hanya bersetuju dengan para penulis sejarah sunni bahawa Muhammad, seorang Rasul Islam, tidak mempunyai keinginan dan pilihan terhadap perlantikkan penggantinya; dan apa sahaja yang berlaku di Saqifa adalah sah dan betul dan untuk kepentingan ummah Islam.

Kecondongan para Orientalis kepada pro-Saqifa telah membawa mereka kearah jalan yang buntu dimana mereka tidak dapat menemui jawapan kepada banyak persoalan-persoalan yang asas didalam sejarah Islam, dan kini mereka dapati diri mereka terjebak sama seperti ahli sejarah sunni kedalam sangkar pertentangan, paradoks dan tidak diterima akal.

Ramai ahli sejarah sunni dan juga diantara penulis Orientalis telah membuat percubaan untuk memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh Ali ibn Abi Talib di dalam sejarah Islam. Mereka berhak diatas pendapat dan tanggapan mereka sendiri, walaupun jika ianya tidak mempunyai kaitan kepada fakta sebenar. Didalam penulisan saya ini, saya akan cuba menyatakan segala-galanya dengan fakta. Dalam melakukannya, saya amat berharap semoga fakta itu sendiri dapat menjadi ‘pengadil’ [penentu]. Oleh kerana fakta sebenar adalah ‘pengadil’ yang tidak berpihak, maka ia boleh diambil kira sebagai pengimbang terhadap penilaian kepada sesuatu peranan yang dimainkan oleh beberapa pelakon utama di dalam sejarah Islam. Saya telah memilih dan mengikatkan kesemuanya kepada seurat benang, seumpama mutiara, dan menjadikannya ‘rantai leher’, supaya kebanyakkan mereka dapat dilihat pada satu tempat.

Sejarah tidak mempunyai mahkamah agung yang dapat memberikan keputusan; aesuatu itu adalah rakaman-rakaman peristiwa yang telah tersilap. Tetapi sejarah dengan sendirinya boleh mencari mahkamah agungnya sendiri atau tribunal yang berobjektif didalam penerimaan logik terhadap fakta.

Saya mempunyai sebab-sebab lain yang amat pragmatik di atas pergantongan kepada fakta. Didalam menulis cerita-cerita mengenai permulaan Islam, terdapat 3 punca utama, yakni, al-Quran al-Majid [kitab Islam yang diwahyukan]; hadith [perbuatan dan perkataan Muhammad, sebagaimana yang telah disampaikan oleh rintitan perawi-perawinya]; dan peristiwa yang dirakamkan oleh ahli sejarah Arab. Dari ketiga-tiga ini, yang pertama, yakni al-Quran, telah diperakui oleh semua Muslim sebagai yang asli. Jika Muslim mencabar penguasaan al-Quran, dia dengan sendirinya menjadi murtad. Al-Quran dan apa yang ada didalamnya, sebagi saorang Muslim mempercayainya tidak berubah, tetapi penafsiran dan penghuraian kepada ayat-ayatnya banyak yang bertentangan, dan tidak terdapat apa-apa bukti yang boleh mengatakan bahawa penafsiran sesuatu jamaah [golongan] itu adalah yang betul. Hadith juga mempunyai kecacatannya, terlalu banyak yang palsu dan hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang diterima pakai oleh sunni dan shia sebagai sahih. Maka saya menjadi amat pemilih, dan hanya menyatakan ayat-ayat al-Quran dan juga hadith-hadith yang mana interpretasi perbezaannya diantara sunni dan shia adalah minima. Tetapi fakta sejarah adalah satu bidang dimana tidak mempunyai banyak ruang untuk dipertikaikan.

Saya banyak menggunakan kenyataan dari ahli-ahli sejarah baru dan lama, di dalam buku ini, pada peristiwa atau keadaan yang sama. Saya melakukannya, hanya untuk membentangkan kepada para pembaca lebih dari satu sudut pandangan atau lebih dari satu interpretasi terhadap satu-satu kejadian yang penting. Kejadian yang sama, dipandang dari sudut yang berlainan, kelihatan berbeza-beza dari pemerhatian yang berlainan maka terdapatlah berlainan interpretasinya. Dengan harapan semoga para pembaca berkongsi pendapat seperti yang telah saya terokai, dengan seringkali memberikan lebih dari satu pandangan ahli sejarah untuk menyatakan cerita yang sama. ‘Biarkan ahli-ahli professional melakukan tugas-tugas itu,’ inilah cogan kata saya didalam menyatakan semula kebanyakkan dari fakta-fakta yang penting didalam sejarah Islam.

Lagi satu sebab mengapa saya membentangkan testimoni para ahli-ahli sejarah dengan banyaknya, adalah untuk memuatkan thesis saya dengan bukti-bukti, supaya para pembaca, jika mereka berhajat, boleh merujuk semula kepada puncanya yang dipercayai.

Telah dikatakan bahawa, sungguh mencabar untuk menyelidik kepada apa yang belum diketahui, malahan lebih mencabar lagi, untuk bertanyakan kepada apa yang telah diketahui. Kebanyakkan dari ‘apa’ yang dikatakan sebagai ‘fakta yang diketahui’ di dalam sejarah kelahiran Islam, adalah tidak lebih dari ketaatan-ketaatan kepada tanggapan-tanggapan ataupun berhajatnya mereka kepada ketaatan, yang mana dengan kekerapan mengulangi melakukan sesuatu itu dari generasi-generasi Islam yang terdahulu, yang telah menerimanya sebagai sebatian, jika tidakpun sebagai ‘status kepada kepercayaan’. Apabila saya bertanyakan mengenai cerita-cerita para Muslim ini, yang berselindung diri dari ‘kebenaran sejarah’, saya dapati cerita-cerita mereka tidak dapat bertahan dari diteliti dengan di kritik secara analistik. Terpulanglah kepada para pembaca untuk mempertimbangkan sama ada untuk terus mempercayainya atau untuk menerima yang sebenar, dimana sebahagian darinya adalah amat pahit. Terdapat juga manusia yang takut kepada kebenaran. Kebenaran seolah-olah mengancam illusi, tahyul yang diminati, dan juga kepercayaan mereka. Ini semua, setelah sekian lama menjadi pegangan dan telah sebati di dalam diri dan kini mereka merasa aman dan selesa untuk hidup dengannya tanpa sebarang ‘gangguan dari kebenaran’. Mereka telah samakan kebenaran ini sebagai yang ‘memusnahkan’. Sedangkan kebenaran sahajalah yang dapat memberikan keselamatan yang sebenar kepada diri mereka. Kebenaran hendaklah ditegakkan dengan apa saja sekalipun, dan oleh semua, terutama sekali oleh ahli-ahli sejarah. Kebenaran hendaklah diperjuangkan walaupun ianya menyakitkan orang yang terdekat kepada kita dan memberi manfaat kepada musuh. Kejujuran yang paling utama bagi ahli sejarah adalah kepada kebenaran dan tidak ada yang dapat memalingkan dirinya dari itu.

Peperangan pendapat dan pertentangan pendirian telah menjadi lebih menarik apabila tumpuan penyelidikan beralih dari konsep filosofi dan politikal doktorin yang absterak kepada watak [karekter] dan personaliti, yang memainkan peranan utama didalam peristiwa-peristiwa yang sedang dikaji. Sejarah kini hidup kembali dengan watak-watak mereka, bergegar dengan perwatakan yang telah ‘menjadikan peristiwa’ atau bertindak kepadanya atau bertindak keatasnya. Mereka melahirkan sejarah dengan element ‘kepentingan manusia’, dan sentuhan aksi peristiwa.

Apa juga sejarahnya – kemalangan atau malapetaka yang tidak dapat dielakkan, atau tekanan ekonomi atau tindakkan pemerintah yang kuat atau hasil dari tindakkan yang tiada siapa memahami atau pandangan manusia secara kolektif – apa juga sejarahnya, bangsa Arab itu sendiri yang melihat dan menghuraikan sejarah-sejarah mereka, lebih berpandukan kepada tindakkan peribadi dari yang lainnya. Dan mereka mungkin juga betul. Sebagaimana juga di dalam lain-lain bidang yang diceburi, sejarah adalah hasil dari mereka yang bertindak. Di dalam tindakbalas ini, bukanlah ada sesuatu kuasa asing tetapi manusia itu sendiri. Pertentangan yang berlaku didalam sejarah bukanlah dari petikan filosofi, ekonomi atau sosiologi tetapi diantara manusia. Telah dikatakan bahawa didalam keadaan sosiologi yang bagaimana sekalipun, sejarah tidak boleh mengabaikan faktor kemanusiaan.

Sejarah, 23 tahun pertama kerjaya Islam telah menunjukkan Pentadbiran Muhammad sebagai Pesuruh Tuhan, di sebilangan besar darinya, bersama baginda, dari tindakkan peribadi penyokongnya Ali ibn Abi Talib. Ini adalah testimoni sejarah. Tetapi testimoni ini yang ramai ahli sejarah berterusan cuba untuk menutupinya. Kepada testimoni inilah saya cuba mengambil perhatian pembaca kepada buku ini.

Tetapi dengan tidak melupakan kekurangan-kekurangan yang terdahulu dan yang kini oleh ahli sejarah Barat tentang Islam, masih ada harapan baru terhadap ahli sejarah yang akan datang, yang akan mengisi segala yang telah dikeluarkan dan juga kegagalan dari ahli sejarah yang terdahulu. Apa yang mereka perlu lakukan adalah tidak condong pada mana-mana pihak, dan tidak menerima secara membuta-tuli setiap penghuraian dan keputusan yang telah menjadi adat sejarah Islam, tetapi untuk membongkar kebenaran itu sendiri melalui rujukan dan penelitian terhadap bukti.

Didalam pengenalan pada Cambridge History of Islam, Volume 1, diterbitkan oleh University Press, Cambridge 1970, P. M. Holt menulis: “Pengajian terhadap sejarah Islam kini sedang membangun, banyak dari perkara-perkara yang tertentu dari para sejarah Barat yang lalu [selalunya membayangkan pandangan dan penghuraian ahli sejarah Islam terdahulu] kini telah terhapus, dan dengan perlahan berserta penyelidikan yang mendalam pemahaman yang sebenar terhadap masa silam akan diketahui.’

Percubaan untuk menterjemah sejarah Islam, terutama sejarahnya di abad pertama, adalah umpama memijakkan kaki dilapangan periuk api; ianya penuh dengan kontroversi, celaan dan pertentangan, dan sesiapa yang menghampirinya hendaklah penuh berhati-hati. Walau bagaimana pun interpretasi tetap kekal sebagai asas untuk memahami sejarah. Tanpa interpretasi, sejarah menjadi longgokkan timbunan informasi yang tidak teratur dan katalog peristiwa yang ‘mati’ dan tarikh-tarikh yang tidak berkaitan. Ya peristiwa-peristiwa yang ‘mati’ ini kembali hidup apabila kesan-kesan itu dikaitkan kepada penyebab dan perhubungan kepada fakta dapat dibuktikan. Satu fakta didalam menguatkan kepada fakta yang lain dapat menunjukkan kebenaran sejarah itu sendiri; tetapi jika bersendirian ia mungkin tidak punya erti.

Bahkan hubung-kait Einstein [relativity] adalah kefahaman kepada dunia, bukanlah sebagai peristiwa berturutan, tetapi sebagai hubung-kait.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas, terdapat banyak buku-buku mengenai Islam, tetapi kebanyakkannya adalah ulangan [stereotype], interpretasi mengenai cerita kelahiran, membesar dan pengalaman agamanya; sebagaimana yang telah disampaikan kepada pengarang mereka dari ahli sejarah istana yang dikuasai kerajaan yang dilahirkan dari saqifa, dan kerajaan-kerajaan selepasnya – kerajaan Damascus dan Baghdad. Cerita-cerita ini, bagaimana pun mempunyai versi nya yang berlainan juga.

Prinsip kanun [perundangan] Roman dahulu adalah: ‘Di dalam mana-mana perbalahan, dengarlah pada pihak yang satu lagi’ atau ‘biarlah pihak yang sebelah lagi didengari’ Tindakkan bersepadu manusia – yang dikatakan politik – adalah penuh dengan trajedi-trajedi yang menyayat hati yang telah merosakkan kehidupan setiap orang dibumi ini. Kebanyakkannya dapat dielakkan jika undang-undang ini dipatuhi oleh semua.

Prinsip yang dipertikaikan, hendaklah didengarkan dari kedua belah pihak – cara inilah yang digunakan di dalam sistem perundangan di setiap negara; terutama sekali di Amerika Syarikat dan di Eropah. Thomas Jefferson telah memperjelaskan prinsip ini, yang tanpanya tidak akan ada keadilan, apabila dia mengatakan: "Demi Tuhan, biarlah kita dengarkan dari kedua belah pihak. [‘For God’s sake let us freely hear both sides."] Penuntut pengajian Islam di Amerika dan Eropah, biasanya telah mendengar cerita dari satu pihak sahaja; buku ini adalah satu percubaan untuk membentangkan cerita sejarah Islam dari pihak yang lain. Dengan tujuan ini saya serahkan pengadilannya kepada para pembaca.

Dari yang Takut, lari dari kebenaran yang baru;

Dari yang Cuai, kandungannya sebahagian sahaja yang benar;

Dari yang Angkuh, merasakan telah mengetahui segala yang benar;

Wahai Tuhan yang Benar Selamatkanlah kami!

7 comments:

Amirul Mukminin Umar said...

Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara





MUQADDIMAH



1. BAHAYANYA KEPADA AQIDAH

1.1.1 Aqidah Syirik Dengan Allah

1.2 Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada’.

1.3 Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Quran, iaitu satu aqidah tentang al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan.



2. BAHAYANYA KEPADA SYARIAT



3. BAHAYA KEPADA AKHLAK

3.1.2 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.

3.1.3 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah S.A.W yang lain.

3.2 Di antara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syiah ialah “Taqiyyah”.



4. BAHAYANYA KEPADA UMMAH

4.1. Memecahbelahkan Ummah

4.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah khurafat dan tahyul serta mengamalkannya

4.3 Keganasan Akan Berlaku Dikalangan Ummah.

4.4 Memusnahkan Imej Islam.



5. BAHAYANYA KEPADA NEGARA



6. PENUTUP







MUQADDIMAH



Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.



Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Umat Islam Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al ‘Usrah. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.” (Ahmad-Tirmidzi).



Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerincing di medan perang saudara sehingga beberapa lama.



Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-orang yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan masih ramai orang yang imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-orang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.



Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba’ itu? Apakah fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu? Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini.



Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka.



Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



"لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين"



Maksudnya: “Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.”



Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba’ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulamak mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi’. Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba’ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali a.s. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya’ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w. sepeninggalan Baginda s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. (Rijal Kasyi Hal: 108)



Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitabul al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.



Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba’ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal:50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal: 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal: 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal: 11), at-Tabari dalam “Tarikh al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 Hal: 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal: 289) dan lain-lain.



Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran-ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka sebagai ajaran Islam.



Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:



“Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan membawa) petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya” (at-Taubah –ayat 33).



Di antara bahaya dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan kita kemukakan di sini ialah:



1. Bahayanya kepada aqidah

2. Bahayanya kepada syariat

3. Bahayanya kepada akhlak.

4. Bahayanya kepada ummat.

5. Bahayanya kepada negara.





1. BAHAYANYA KEPADA AQIDAH



1.1.1 Aqidah Syirik Dengan Allah



1.1.2 Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi Abdillah, kata beliau:-



“Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”( al-Kafi jilid 1 hal :409, bab “dunia ini semuanya kepunyaan Imam”). Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:-



"إن الأرض لله يوثرها من يشآء من عباده"



“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya” ( al-A’raf Ayat 128)



Allah berfirman:-



"لله ملك السموات والأرض"



“KepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi…..”(al-Hadid Ayat 2)



1.1.3 Allah menyatakan sifatnya dalam al-Quran sebagai yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firmanNya:-



"هو الأول والأخر والظاهر والباطن"



“Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin” ( al-Hadid Ayat 3)



Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali r.a berkata:-



" انا الأول وانا الأخر وانا الظاهر وانا الباطن وانا وارث الأرض"



“Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi……..”(Rijal al-Kasyi hal :211)



Sedangkan Allah berfirman:-



" انا نحن نرث الأرض ومن عليها"



“Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di atasnya……..” (Surah Maryam Ayat 40)



1.1.4 al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-Baqir berkata: “Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya.” (Usul Kafi Hal.83). Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja’far as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata: “Akulah pembahagi syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku.” (Kitab al-Hujjah Min al-Kafi j.1 hal:197)



Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi :-



" كل شىء هالك الا وجهه"



“Segala sesuatu akan binasa kecuali wajahNya……….”( al-Qashah Ayat 88), meriwayatkan bahawa Ja’far as-Sadiq mentafsirkan ayat ini dengan: “Kamilah wajah Allah itu.”



1.1.5 Al-Kulaini mengadakan satu bab yang tajuknya berbunyi:-



“Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun”.



Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata:



“Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang.” (Ibid jilid 1 hal 261)



1.1.6 Di dalam kitab yang sama tersebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. ( al-Ushul Min al-Kafi jilid1 hal:441) Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:-



" يا أيها النبيٌ لم تحرم ما احل الله لك "



“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu………” ( at-Tahrim Ayat 1)



Ini bermakna Syiah menyengutukan Allah dengan para Imam mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata:-



“Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujjah dari pihak Allah kepada makhlukNya.” (al-Usul Min al-Kafi jilid hal:285)



Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:-



" قل لا يعلم من في السموات والأرض الغيب إلا الله"



“Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah” (al-Naml Ayat 65)



Di sinilah Syiah menyengutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui perkara ghaib.



1.2 Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada’. Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba’.



1.2.1 Bada’ bermakna:



(a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman Allah yang berbunyi:-



"وبدا لهم من الله ما لم يكونوا يحتسبون"



“Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh mereka” (Surah Az-Zumar Ayat 47)



(b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :-



" ثم بدا لهم من بعد ما رأو الأيت ليسجننه حتى حين"



“Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa” (Surah Yusuf , Ayat 35)



Kesimpulannya Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’.



Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: “Aku mendengar ar-Ridha a.s berkata: “Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al-Bada’.” ( al-Usul Min al-Kafi jilid 1 hal.148)



Hakikat Bada’ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Ja’afari katanya: “Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan a.s. sepeninggalan anaknya Abu Ja’afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Ja’afar dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan Ismail bin Ja’afar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Ja’afar). Tiba-tiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata: “Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu Ja’afar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah.” (al-Usul Min al-Kafi jilid 1 hal: 327).



An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).



1.2.2 Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada’ ini golongan Syiah mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth a.s. juga bimbang akan berlaku Bada’ pada Allah sehingga Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk menyiksa kaumnya supaya menyegerakan penyiksaan terhadap mereka sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian setelah berlaku sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para Malaikat yang tersebut di dalam riwayat itu:-



Luth berkata kepada mereka: “Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah Tuhanku kepada kamu terhadap mereka?” Para Malaikat menjawab: “Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke atas mereka pada dinihari nanti.” Nabi Luth berkata: “Aku ada hajat dengan kamu.” Mereka tanya: “Apakah hajatmu itu?” Nabi Luth berkata: “Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga kerana aku bimbang akan berlaku Bada’ kepada Tuhanku tentang mereka.” Para malaikat berkata: “Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu sudah hampir?” (al-Furu’ Min al-Kafi Jilid 5 Hal: 546).



1.2.3. Al-Bada’ mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah sehingga mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata: “Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah kepada Allah yang menyamai al-Bada’.” (al-usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 146).



Daripada Ja’afar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata: “Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai al-Bada’.” (Ibid).



Dari Ja’afar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata: “Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan dan mempercayai al-Bada’ tentulah mereka tidak jemu-jemu memperkatakannya.” (al-Usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 148).

Amirul Mukminin Umar said...

Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah s.w.t dan menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah sedangkan Allah s.w.t telah berfirman:-



" وأن الله قد احاط بكل شيء علما"



“Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”. (al-Talaq Ayat 12).



Firman Allah s.w.t:-



" والله بكل شىء عليم "



“Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (Surah An Nisa’ Ayat 176)

Firman Allah s.w.t:-



" إن الله لا يخفى عليه شىء في الأرض ولا في السمآء"



“Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada Allah baik di bumi mahupun di langit”. (Surah Ali Imran Ayat 5).



Firman Allah s.w.t:-



" هو الله الذى لآاله إلا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم"



“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang”. (Surah al-Hasyr ayat 22).



1.3 Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Quran, iaitu satu aqidah tentang al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan.



1.4 Aqidah al-Imamah dan al-Walayah, iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma’asum serta wajib ditaati.



1.5 Aqidah Takfir as-Sahabah, iaitu satu aqidah yang mengkafirkan kebanyakkan para sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang dari mereka sahaja.



1.6 Ar-Raj’ah iaitu satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka.





2. BAHAYANYA KEPADA SYARIAT



Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syariat yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunah.



2.1 Jika al-Quran menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya” (an-Naml ayat 39), “Seseorang manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain” (al-An’am ayat 164), “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” (al-Muddatsir ayat 38), “Orang-orang yang tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka” (al-Muddatsir ayat 41 dan 42), “Orang-orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh” (al-Furqan ayat 68, 69 & 70), maka Syiah pula akan mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.



Mereka meriwayatkan bahawa Ja’afar as-Sadiq berkata kepada golongan Syiah: “Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun dari kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun!” (ar-Raudhah Jilid 8 hal: 78).



Ja’afar as-Sadiq berkata kepada Syiah (menurut riwayat Syiah): “Sesungguhnya suratan amalan setiap orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan).” (Ibid-Jilid 8 hal: 315)



Lebih dari itu Ja’afar as-Sidiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam darjat mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti. (Muqadimah al-Burhan hal: 21).



Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan ar-Ridha (Imam Ma’asum yang kelapan di sisi Syiah) bahawa Qalam diangkat (tidak dicatitkan dosa) dari Syiah kita. Tidak seorang pun dari Syiah kita yang melakukan dosa atau kesalahan melainkan pasti akan ada perkara yang menghapuskan dosa-dosanya itu walau pun dia melakukan dosa sebanyak titisan hujan, sebanyak bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok. (Uyunu Akhbari ar-Ridha Jilid 2 hal: 236).



Mereka juga meriwayatkan satu hadis Qudsi (yang direka oleh mereka) bahawa Allah berfirman:- “Ali bin Abi Talib adalah hujahKu atas makhlukKu dan cahayaKu dalam kerajaanKu dan pemegang amanah ilmuKu. Tidak akan masuk ke dalam neraka orang yang mengenalinya walaupun ia mengingkariku.” (Muqaddimah al-Burhan hal: 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi, jilid 2 hal: 583).



Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepada syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya dan untuk menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan maksiat asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas. Setelah itu bebaslah ia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan mengampunkan mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.



2.2 Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak mengerjakan haji dengan Syiah kita yang mengerjakannya.” (Tafsir al-Qummi, jilid 1 hal: 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi jilid 1 hal: 135). Mereka tidak memandang berat kepada sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji sudah mencukupi.



Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat yang ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w., mereka mengadakan syariat yang lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supaya mengerjakannya dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam, menangisi dan meratapi kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama kahwin mut’ah, mewajibkan khumus atas nama Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding dengan tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan lain-lain lagi.



2.3 Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka mengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan ayat-ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat pengampunan dan keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga.



2.3.1 Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husin a.s. (kuburnya) menyamai seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima Allah. (al-Irsyad-Syeikh Mufid Hal: 252).



2.3.2 Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda: “Seseorang yang menziarahi Husin selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga.”



2.3.3 Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi kubur Saiyidina Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana yang diriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak jatuh setitik air mata kerana menagisi al-Husin melainkan pasti Allah akan mengampunkan dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-buih di laut dan pastilah dia mendapat syurga. (Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2 Hal: 464 – 468).



2.3.4 Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-Ridha (Imam Ma’asum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke atasnya. Ali ar-Ridha berkata; “Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi kuburku dan mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan mengharamkan tubuhnya atas neraka.” (Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2 Hal: 227)



2.3.5 Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Ma’asum yang ketujuh) bahawa beliau berkata: “Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur.” Aku berkata (kata perawi): “Tujuh puluh haji?” Dia berkata: “70,000 haji.” Kemudian dia berkata: “Alangkah banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang menziarahinya (Ali) lalu bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di arasyNya.” (Kata perawi): “Seperti menziarahi Allah di arasyNya?” Dia menjawab: “Ya.” (Ibid, jilid 2 hal: 259)



2.4 Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia dan kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi sebaliknya Syiah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan syariah mut’ah, meminjam dan menyewakan seks dan menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut’ah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut’ah.



2.4.1. Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja’afar bin Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata (bermaksud): “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita.”(Man La Yahdhuruna al-Fiqah, jilid 3 m.s. 458, Muntaha al-Amal-Syikh Abbas al-Qummi, j.2, Hal: 341.



Untuk menggalakkan amalan Mut’ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadits palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi s.a.w. sendiri di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda: “Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut’ah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong.”



Ketika Nabi s.a.w mi’raj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata: “Wahai Muhammad, Allah Tabarakawata’ala berkata: “Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan umatmu.”(Manla Yadhuruhu al-Faqih jilid 3, m.s.: 463).



2.4.1 Perkahwinan Mut’ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan. (Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah. Hal 489).



Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam kitabnya “Tahrir al-Wasilah”, jilid 2, Hal: 292 - “Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak.” (an-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi Hal: 489, Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 253).



At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Ja’afar as-Sadiq a.s.: “Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mut’ah setelah itu timbul dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia mempunyai suami.” Dia (Ja’afar) berkata: “Kenapa kamu selidiki?” (Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 253).



Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu Ja’afar (Muhammad al-Baqir). Lalu Abdullah berkata kepadanya: “Apa pendapatmu tentang mut’ah?” Beliau berkata: “Allah telah menghalalkan dalam kitabNya dan melalui nabi. Ia adalah halal sampai hari kiamat.” Lalu Abdullah bin Umair al-Laisi berkata: “Wahai Abu Jaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar mengharamkan dan melarang daripada melakukannya?” Berkata Abu Jaafar: “Walaupun Umar mengharamkannya dan melarang daripadanya!” Abdullah bin Umair berkata: “Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada menghalalkan sesuatu yang diharamkan Umar.” Abdullah bin Umair berkata, maka Abu Jaafar berkata kepadanya: “Engkau berada di atas pendapat ikutanmu dan aku berada di atas keputusan Rasulullah. Mari kita saling memohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan (orang yang tidak benar di antara kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan oleh Rasulullah dan yang salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu.” Berkata perawi, Abdullah bin Umair pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata: “Adakah engkau suka isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu saudara-saudara perempuan dan sepupu-sepupu perempuan dilakukan mut’ah?” Berkata perawi, maka berpalinglah Abu Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-isterinya dan sepupu-sepupu perempuannya. (al-Furu’Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 449; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 251).



2.4.2 Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan yang boleh dilakukan Mut’ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata: “Semoga Allah mendamaikan engkau. Berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu.” Beliau menjawab: “Sepuluh tahun.” (al-Istibsar, jilid 3 Hal:145, Tahzib al-Ahkam jilid 7, Hal: 225, al-Furu’Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 463)



Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain al-Islam, (jilid 2 Hal: 186), “Seseorang gadis cerdik yang sudah baligh boleh mengakadkan mut’ahnya sendiri. Walinya tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda.”



2.4.3 Perempuan boleh dikahwini secara mut’ah mengikut Syiah tanpa had. Ia tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata: “Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan.” (al-Istibar jilid 3 Hal: 147; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 259)



2.4.4 Mas kahwin untuk nikah mut’ah pula tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar. (al-Furu Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 457; Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal: 259)



2.4.5 Berkenaan dengan jangkamasa mut’ah itu boleh dilakukan dapat kita ketahui dari riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin Muhamad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya: “Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mut’ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan?” Beliau menjawab: “Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu).” (al-Furu’ Min al-Kafi jilid 5, Hal: 460, al-Istibar jilid 3 Hal: 151).



2.4.6 Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut’ah dengan seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut’ah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya.” (al-Furu’ Min al-Kafi, jilid 5 Hal: 460)



2.4.7 Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata: “Aku bertanya Abi Abdillah a.s. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab: “Tidak mengapa.” (al-Istibsr jilid 3 Hal: 141).



Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.



2.4.8 Lebih dari itu lagi golongan Syiah mengharuskan seseorang mengamalkanamalan kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. Al-Khulaili meriwayatkan dari al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin Yahya: “Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.” Al-Ridha berkata: “Apa pertanyaan itu?” Aku berkata: “Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya?” Al-Ridha menjawab: “Itu haknya.” Berkata Safuan: “Maka aku pun bertanya dia: “Adakah engkau melakukannya?” Ar-Ridha menjawab: “Kami tidak melakukannya.” (al-Fur’ Min al-Kafi jilid 5, Hal: 40, al-Istibsar Hal: 243 – 244).



Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma’sum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha menjawab: “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata Nabi Luth a.s. yang dihikayatkan oleh Allah;



"هؤلآء بناتي هن اطهر لكم"



“Ini anak-anak perempuanku lebih suci untuk kamu.” (Hud ayat 78 )



Sedangkan Nabi Luth sudah maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj. Sebagaimana mereka meriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq melalui Abdullah bin Abi Ya’afur bahawa beliau berkata: “Aku bertanya Abu Abdullah (Ja’afar as-Sadiq) tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya.” Dia berkata: “Tidak mengapa jika isterinya suka.” Aku pun berkata di mana firman Allah yang berbunyi:



" فأتوهن من حيث امركم الله"



“Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.” (al-Baqarah Ayat 222)



Lalu Ja’afar bin as-Sadiq menjawab: “Tempat itu untuk mencari anak.” (Tahzib al-Ahkam, jilid 7, Hal: 414, al-Istibsar jilid 3 Hal: 243)





3. BAHAYA KEPADA AKHLAK



3.1 Kebiadaban dan penghinaan



3.1.1. Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.



Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-Anwar daripada Nabi s.a.w. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali: “Wahai Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.” (Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu asy-Syahadah, jilid 5 Hal 511).



Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat kenabian, kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta atas nama Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan menjadikannya sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.” (Kitabu al-Hujjah Min al-Kafi, jilid 1 Hal: 175).



Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar bahawa beliau berkata: “Kami pernah bersama Abi Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijir Ismail, maka Abu Abdullah berkata: “Adakah mata-mata gelap mengikut kita?” Kami pun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliau pun berkata: “Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini! (3 kali) Kiranya aku berada di antara Musa dan Khadir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim daripada mereka berdua dan tentu aku akan menyatakan kepada mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau. Untuk mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat.” (Usul Kafi, jilid 1 hal: 261).



Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq: “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang.” (Ibid)



Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus ditelan ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali. (Tafsir Nurrul Tsaqalain jilid 3 Hal: 435)



3.1.2 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.



Maulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya, “Hayatu al-Qulub” bertajuk “Bab Yang Ke 55 pada menyatakan kecelakaan Aisyah dan Hafsah” (jilid 2 Hal: 610 – 612). Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Ja’afar Sadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah s.a.w. dengan meracuni Baginda.



Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan dari tokoh tafsir Syiah yang terkemuka dari kalangan Mutaqaddimin, iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan pakatan untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini bunyinya, “Maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan memberikan racun kepada Baginda.” (Ibid).



3.1.3 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah S.A.W yang lain.



Golongan Syiah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang dari kalangan mereka. Tidak ada lagi kebiadaban dan penghinaan yang lebih dahsyat dari ini.



Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali tiga orang daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. (al-Raudhah Min al-Kafi jilid.8, Hal 245)



Perkara yang sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai “Khatimatu al-Muhadditsin” di kalangan Syiah bahawa, maksudnya:-

“Para sahabat semuanya binasa, selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman.” (Hayatul Al-Qulub, jilid 2, Hal: 640).



Di antara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syiah ialah “Taqiyyah”. Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan kerana itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiah.”



Syiah ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar as-Sadiq berkata: “Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek moyangku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah.”(al-Kafi, jilid 2 Hal:223).



3.2.2 Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu amalan yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Demi Allah, tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang lebih disukai olehku daripada taqiyyah.”



3.2.3 Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkat darjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak mengamalkannya. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata: “Allah mengangkatkan darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah.” (Usul Kafi, jilid 2 Halaman: 217).



3.2.4 Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari Ja’afar as-Sadiq beliau berkata: “Sesungguhnya sembilan persepuluh agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah. Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali dalam masalah nabiz dan menyapu khuf”. (al-Kafi, jilid 2 Halaman: 217)



3.2.5 Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja’afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (al-Kafi, jilid 2 Halaman: 222).



3.2.6 Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Akan terkeluar dari Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan dari Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata: “Tiada agama bagi orang yang warak dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah.” Maka beliau ditanya: “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)?” Beliau menjawab: “Sampai hari tertentu, iaitu munculnya Imam Mahadi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar Imam Mahadi, bukanlah ia dari kalangan kami.” (Kasyful Ghummah al-Ardabili, Hal: 341

Amirul Mukminin Umar said...

3.2.7 Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa taqiyyah itu bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan dikerasi seperti yang berlaku pada Ammar bin Yasir.



Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu banyak riwayat Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada sebarang tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata: “Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq a.s.). Pada ketika itu disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh.” Maka beliau pun berkata kepadaku: “Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini.” Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan: “Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini.”



Maka Abu Hanifah pun menta’birkan mimpiku dengan berkata: “Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.” Mendengar ta’bir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata: “Demi Allah! Tepat ta’birmu itu, wahai Abu Hanifah!” Berkata Muhamad bin Muslim: “Tak lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada ta’bir nasib ini.” Lalu ia berkata: “Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu! Ta’bir mereka tidak akan menepati ta’bir kita dan ta’bir kita pula tidak akan menepati ta’bir mereka, ta’bir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya.”



Muhammad bin Muslim berkata: “Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-Sadiq): “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu tadi, “Tepat ta’birmu” dan engkau besumpah pula atas ta’birnya padahal dia salah?” Beliau berkata: “Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi tepat salah.” (al-Kafi, jilid 8 Halaman: 292).



Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar as-Sadiq bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?.



3.2.8 Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya: “Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu tangan di atas tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh orang-orang bukan dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya dalam keadaan taqiyyah.” (Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 186)



Dia berkata lagi: “Dan sengaja mengucapkan ‘amin’ selepas selesai membaca Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa mengucapkannya.” (Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 190).





4. BAHAYANYA KEPADA UMMAH



Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara kepada ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni.



Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri daripada para sahabat, tabi’in, tabii at-tabi’in yang telah begitu berjasa kepada mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi sehingga ke hari ini.



4.1. Memecahbelahkan Ummah



4.1.1 Kehadiran Syiah akan memecahbelahkan umat Islam kerana menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dasyat kekufurannya daripada iblis.



Syeikh Mufid berkata: “Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong pendokong bidaah adalah kafir.” (Awaailu al-Maqalat, Hal: 15).

Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat benar) berkata: “Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.” (Ikmalu ad-Din, Hal: 13)



4.1.2 Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan Syiah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita.” (Ar-Raudhah min al-Kafi, Hal: 135).



Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu Al-Anwar, jilid 24 Hal: 311.



4.1.3 Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi menulis:

“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (Haqqu al-Yaqin, jilid 2 Hal: 536).



4.1.4 Golongan Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau: “Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.” (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4 Hal: 122-123).

Tokoh-tokoh Syiah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala sesuatu yang dimilikinya adalah halal. (Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2 Hal:48)



Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya Wasailu as-Syiah, jilid 6 Hal: 340.



4.1.5 Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini berkata, “Ada Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknat oleh Allah) adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka terhadap risalah.” (Tahriru al-Wasilah, jilid 1 Hal: 118).



4.1.6 Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini: “Halal sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan Nashibi walapun ia menyatakan Islamnya.” (Ibid, jilid.2 Hal: 146).

Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam? Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan, suasana benci membenci dan menyimpan dendam kesumat yang berpanjangan di antara satu dengan yang lain?.



Tentu sekali! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah ke dalam masyarakat umat Islam.

atas



4.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah khurafat dan tahyul serta mengamalkannya.



4.2.1 Golongan Syiah menganggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang dan berbuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala yang besar.



Mereka meriwayatkan dari Abi Abdillah a.s. bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah Haram Muhammad dan Kufah adalah tanah Haram Ali a.s. Sesungguhnya Ali a.s. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah.” (Syeikh Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2 Halaman: 498 dan Mulla Mohsein al-Kasyani-al-Wafi, jilid 8 Halaman: 215).



Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa beliau berkata: “Membelanjakan satu dirham di Kufah sama dengan membelanjakan 100 dirham di tempat lain dan mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan mengerjakan 100 rakaat di tempat lain.” (Ibid)



4.2.2 Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga digunakan oleh orang-orang Syiah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja di dunia ini. Jarang sekali ditemui rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah Karbala di dalam berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanah Karbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis penyakit.



Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain termasuklah tanah kubur Rasulullah s.a.w. dan para Imam. yang lain. Khomeini berkata: “Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur penghulu kita Abi Abdillah al-Husain a.s. sebagai ubat dan tidak harus dimakan tanah ini dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar kacang putih yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah ini, tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi s.a.w. dan tanah kubur para Imam a.s. yang lain.” (Tahriru al-Wasilah, jilid 2 Hal: 164).



4.2.3 Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi dan menganggap sunat mandi pada hari itu.



Khomeini berkata: “Di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu) ialah mandi dua hariraya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari Nauruz.” (Tahriru al-Wasilah, jilid 1 Hal: 98-99).



4.2.3 Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan Sayyidina Hussain di Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka melakukan bermacam-macam bidaah, khurafat dan kekufuran.



4.3 Keganasan Akan Berlaku Dikalangan Ummah.



4.3.1 Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya: “Aku berkata kepada Abi Abdillah a.s. apa katamu tentang membunuh Nashibi?” Beliau berkata: “Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah.” (Ibn Babwaith Ilalu as-Syara’ Hal: 200, Wasailu as-Syiah, jilid 18 Hal: 163, Biharu al-Anwar, jilid 27 Hal: 231).



At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq tidak menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan: “Di antara mereka ada yang aku naik ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian membunuhnya. Ada juga di antara mereka yang aku panggil di muka pintunya pada waktu malam, apabila ia keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara mereka yang aku temaninya di dalam perjalanan bila sampai di tempat yang sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa pun.” (Rijal Kasyi, Hal: 343).



4.3.2 Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.



Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahadi nanti orang-orang Syiah akan menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam Mahadi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. (Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 373, Tafsir Furat bin Ibrahim, Hal: 100).



Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih mereka. (Kitab al-Ghaibah, Hal: 155, Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 349).



4.3.3 Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.



Syeikh Mufid menyebutnya bahawa: “Apabila Imam Mahadi muncul dia akan merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya: “Mereka inilah pencuri-pencuri Kaabah.” (al-Irsyad Hal: 411, at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, Hal: 282)



4.4 Memusnahkan Imej Islam.



4.4.1 Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan dari Islam, seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.



4.4.2 Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram yang sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya pada 10 Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam dengan upacara-upacara keugamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi atas upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika.



4.4.3 Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di tangan Abu Lu’luah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa dirinya Islam suka hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari berlakunya tragedi pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan Abu Lu’luah dengan Baba Syuja’uddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin Mudzahir al-Wasiti meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qom dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Mahadi dan merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata: “Hari Kebangsaan, Hari Penghormatan, Hari Kelepasan Besar, Hari Berkat dan Hari Hiburan.”



Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Majusi.



4.5. Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi kerana pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak, pengkhianat dan perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang bertanggungjawab mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadis-hadis.



Sementara ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Pada ketika itu mereka akan menganggap agama tidak lebih dari candu seperti yang dipercayai oleh orang-orang komunis.





5. BAHAYANYA KEPADA NEGARA



5.1 Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah yang dicetuskan oleh mereka.



5.1.1. Gerakan Ibn Saba’ yang mencetuskan huru hara di dalam khilafah Islam di zaman Sayyidina Uthman.



5.1.2. Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya.



5.2 Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau membuka jalan kepada musuh-musuh Islam.



5.2.1 Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil Hadid telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang sungguh mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun 656 H untuk menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. (Hasyiah al-Muntaqa, Muhibbudin al-Khatib Hal: 20, Ibn Qayyim jilid 2 Hal: 263, Ighasatu al-Bahfan al-Hidayah wa an-Nihayah, jilid 3 Hal : 200-266).



Walaupun Nasiruddin at-Thusi ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam. (al-Hukumah al-Islamiah, Hal: 128).



5.2.2 Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan ahli Sunnah umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah Waliyullah misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata kerana beliau mengarang sebuah kitab yang bernama ‘Izalatu al-Khafa’ untuk menghilangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para Khulafa ar-Rasyidin.

Hukuman terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin Syiah yang menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H.



5.3 Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh dipandang kecil kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh dan ulamak-ulamak Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu agama seperti Imam Tarmidzi, Imam Abu Daud, Imam Razi dan lain-lain lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana pengetahuan penganut-penganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh kebendaan dan dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran telah bertukar menjadi negara Syiah.



Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu merupakan negara ahli Sunnah tetapi kemudian ia bertukar tangan menjadi Syiah. Walaupun Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak kurang juga dahsyat dan bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah. Bagaimana pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah dan syariah Islam yang dianuti mereka.



5.4 Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam mengganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.



5.5 Sesebuah negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah kerana agama mereka dibina diatas asas-asas yang karut.



5.5.1 Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada amalan-amalan bidaah.



5.5.2 Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan terhadap kematian Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan dengan diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat kunjungan ialah Maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang seperti Syah Ismail Safawi (907 H) dan sampai sekarang ini pun pemimpin-pemimpin mereka menganggap perkara biasa. (Mahnamah al-Marifat – Hyderabad, Muharram 1389H).



5.6 Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih’ merupakan kuasa ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan Syariat.



5.6.1 Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah kerajaan Syiah kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun yang boleh ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi.

Setiap negara yang ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah tidak sah mengikut Syiah walaupun pembawanya berada di atas jalan yang benar.



Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq). Beliau berkata: “Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan al-Qaain adalah thaghut yang disembah.” (ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12 Hal: 295)

Pensyarah kitab al-Kafi Maula Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di dalam syarahnya terhadap kitab al-Kafi yang dianggap sebagai di antara syarah al-Kafi yang terpilih menulis; “Walaupun orang menjulang itu menyeru kepada kebenaran”. (Syarah al-Kafi, Jilid 12 Hal:371)



5.6.2 Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan oleh Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah mereka putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang tidak kunjung datangnya. (Lihat al-Hukumat al-Islamiah, Hal: 74)



5.6.3 Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih adalah mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini sendiri dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran, Ali Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran “Kayhan Bil: 182”, yang diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk, “Sesungguhnya kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau merobohkannya dan kerajaan lebih utama dari sembahyang”.



Dalam surat itu Khomeini menulis:



“Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah s.a.w. yang lurus dan di antara hukum-hukum Islam yang utama dan lebih diutamakan daripada semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa dan haji.



Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu dan merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan kepentingan-kepentingan Islam.



Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang merupakan kewajipan Islam yang penting apabila maslahah negara Islam menghendaki demikian kerana kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak”. (Dipetik dari al-Murtadha, Hal: 249).





6. PENUTUP



Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, adakah kita dapati sesuatu percanggahan di antara Syiah yang dipropagandakan hari ini dengan Syiah yang dikenali oleh ulamak-ulamak Islam dahulu sebagai Syiah Ghulat yang telah mereka hukumkan terkeluar dari Islam.



Adakah Syiah yang sedemikian ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara Islam?.



Dan adakah Syiah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi tidak tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan musuh Islam yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?.



Apalah yang ada lagi pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat Baginda yang mulia setelah ajaran Syiah yang begini dianggap sebagai ajaran Islam?.



Tentu sekali tiada lagi yang tinggal dari ajaran Islam yang masih berbaki sesudah itu dan inilah yang dikehendaki oleh mereka.



Sesungguhnya para Imam yang terdiri dari anak cucu Rasulullah s.a.w. yang dianggap sebagai Imam oleh Syiah tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-ajaran yang diperkenalkan oleh Syiah kepada dunia atas nama mereka. Malah mereka itu telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah atau pendokong setia mereka.



Nah! Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syiah bahawa: “Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syiah.” (Rijal Kasyi, Hal: 299).



Oleh itu di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang seumpama ini semestinya setiap muslim menyatakan pendiriannya seperti pernah dinyatakan oleh Nabi Ibrahim a.s. bahawa: “Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah. Kami engkari (Kekufuranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah semata-mata …….. .” (Surah al-Muntahanah ayat 4).

ahmad salleh said...

Setelah membaca artikel di blog hauzah redha dan komen yang di berikan oleh
amirul mukminin umar,saya pun rasa ingin memberi komen saya namun sebelum itu
saya nyatakan yang saya tidak memeluk apa-apa mazhab,yang benar maka itu yang saya kaji dan ikuti.
Isu sunnah-syiah ini telah banyak memakan korbannya ini kerana masing-masing pemeluk mazhab cuba mempertahankan ideologi mereka. Namun bagi saya mahu syiah atau sunnah itu sama saja.Isu mazhab ini sifatnya relatif,jika mazhab sunnah mengatakan ia benar maka kebenaran mazhab sunnah itu hanya miliknya sahaja dan tidak boleh mengatakan selain sunnah kafir begitu juga syiah, ada pun dengan kitab mazhab masing-masing jika di andalkan dengan nilai benar, masing-masing akan mengatakan kitab mereka lah yang paling otentik dan benar walau apa pun yang terjadi hatta pertumpahan darah sekali pun,Pythagoras pernah berkata , “manusia merupakan parameter segala sesuatu,tolak ukur eksistensi segala sesuatu,dan mizan ketiadaan segala sesuatu”gagasan Pythagoras ini jika di cermati kelihatannya lebih menyuarakan dimensi relativitas dalam pikiran, sama juga dengan nilai benar bagi sesuatu mazhab, jika mazhab sunnah mengatakan kitab mereka benar dan orang-orang seideologi dengan mereka mengatakan mazhab mereka benar begitu juga syiah maka kebenaran di sini sifatnya milik pemikiran masing-masing. Mazhab ini mengatakan ia benar mengikut pemikiran ia dan mazhab itu juga mengatakan ia benar mengikut pemikiran ia,maka sekali lagi saya ulang nilai benar itu hanya dalam pemikiran manusia tidak ada namanya kebenaran mutlak di luar pemikiran manusia,yang menjadi punca masalah sehingga memakan korban adalah bila manusia-manusia yang beragama atau yang mengikuti mazhab tertentu secara fanatik melakukan pemaksaan kepada manusia lain.Mungkin kalian (sunnah dan syiah)boleh beragumentasi dengan buku atau kitab kalian, namun kalian jangan lupa ketika membaca kitab dan buku kalian tidak ada bezanya dengan membaca buku atau kitab dari agama lain ,kesepakatan kalian ke atas mazhab kalian dan agama kalian tidak ada beza nya dengan kesepakatan mazhab dan agama lain,jika kalian mengatakan sahih bukhari benar ,maka sahih lain dan kitab agama lain juga berhak mengatakan mereka benar kerana yang menulis sahih ini adalah manusia maka kebenaran adalah milik pemikiran penulis itu,apa lagi hadis, yang membukukan hadis dengan yang mengucapkan hadis dan si pemilik hadis dengan kita mempunyai jurang ribuan tahun apakah si penulis@pencatat hadis jujur dan jika ia jujur maka kejujuran masih boleh di persoalkan lagi kerana kita tidak pernah melihatnya.Jika kalian mengatakan kitab kalian benar dan membimbang manusia kearah kebaikan maka agama lain juga memerintahkan yang sama pada penganutnya, satu lagi, semua kitab milik semua agama di muka bumi adalah sekadar teks realitinya perlu di kaji.
Nilai benar bagi sesuatu agama dan mazhab hanya dalam pikiran manusia ,maka semua agama dan mazhab adalah benar kerana ke semuanya menyuruh kearah kebaikan dan kalian tidak ada hak untuk menghina dan mengkafirkan sesiapa pun dan manusia memiliki kebebasan untuk memeluk agama serta mazhab apa pun.Semua agama /mazhab adalah sama kerana yang di katakan benar itu sifat nya relatif dan untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan antara agama dan mazhab, saya mencadangkan kalian menerima konsep pluralisme dan jangan terlalu fanatik,dan kalian saya cadangkan agar belajar dulu tolak ukur benar dan salah dari mana sebelum kalian jadi pencinta golongan mulia.Bagi saya (kerana nilai benar milik pikiran)lebih baik kita mencari konsep kesamaan dan kita leburkan supaya menjadi teologi global dan memulangkan hak kebebasan beragama dan bermazhab kepada manusia supaya mereka bebas memilih untuk beragama ,bermazhab dan melalui kehidupan mereka sebagai manusia yang bebas dari kongkongan tokoh-tokoh fanatik setiap agama dan mazhab
.wasalam

Anonymous said...

setelah membaca komen amirul mukminin umar...disini saya pun hendak memberi komen saya.....
apa yang telah saya fahami...terdapat perselisihan antara 2 mazhab iaitu syiah dan ahli sunnah.ternyata..mazhab ahli sunnah mengkafirkan..saudara mereka sendiri...(syiah).bagi saya ini mungkin..dikeranakan kesalahan dari sudut pandang sejarah..atau pun dari sudut yg lain.saya masih membuat kajian terhadap agama islam dan mazhab mana yg benar.disini saya ingin bertanya kpd saudara amirul mukminin umar beberapa soalan,APAKAH ISLAM DGN BERPEGANG KPD MAZHAB YG ANDA ANUTI ITU BENAR? JIKA BENAR, APA BUKTINYA?.APAKAH TUHAN ANDA WUJUD? JIKA YA,APA BUKTINYA? APAKAH TUHAN ANDA TUNGGAL? JIKA YA, APA BUKTINYA?APAKAH AL-QURAN YANG DISAMPAIKAN OLEH NABI MUHHAMMAD BENAR.? JIKA BENAR APA BUKTINYA? SIAPA YG MENGATAKAN AL-QURAN ITU DARI TUHAN(ALLAH)?.jika anda tidak boleh memberi jawapan atas pertanyaan2 ini...makanya saya berpendapat janganlah anda mengatakan saudara anda YG BERMAZHAB SYIAH KAFIR.izinkan saya bertanya kepada anda 1 SOALAN LAGI MENGAPA DI DALAM ISLAM PENGANUTNYA WAJID SOLAT 5 WAKTU..??...saya berharap agar anda amirul mukminin dapat memberi respon terhadap pertanyaan saya..ini....sekian,terima kasih..(mohd aristoteles)

majakani PERAPAT 3 in 1 said...

janganlah melihat alirannya, tapi lihatlah kenyataannya.bukankah pribadi rasul penuh dgn suri tauladan ? para imam Iran = 1)jauh dari hubbud dunnia.2) mereka punya harga diri drpd mengemis pd US dan sekutunya.3)dlm waktu singkat bisa jadi bangsa yg menguasai teknologi.4)korupsi 0. 5)cara memimpin spt rasul. 6)tdk pernah mundur dlm mendukung Palestine. Apakah itu aliran sesat ? Apakah itu salah ? Sementara yg non Iran bagaimana ? apa yg telah dilakukan ? bukankah mereka telah menjadi agen asing yg bergelimang dgn harta ?. sudah brp lama kita berjuang dgn cara kebenaran menurut kita, hasilnya ? hampir tak pernah tercapai....seharusnya kita berfikir ada apa gerangan, dimana yg salah. saya sendiri bukan syiah, tp saya selalu berfikir positif pd setiap cucu adam yg berjuang melawan kebatilan dan berjuang pd kaum yg tertindas. bukankah rasul memerangi romawi krn kerjasama dgn kabilah yahudi? bukankah iran melawan US cs krn persekutuannya dgn zionis ? sementara arab saudi dan yg lainnya bermainmata dgn musuh? ayo...dimasa rasulullah mereka adalah abu sofyan dan pengikutnya. dalam berteman, menulis, berpolitik hendaklah dilepaskan baju fanatisme suku, golongan,agama, tapi pakailah baju kebenaran yg berkiblat pd alquran. surga allah bisa didapat dgn keadilan (meletakkan sesuatu pd tempatnya). amin.... bersatulah wahai muslimin...bila keadilan ditegakkan akan menjadi persatuan kaum mukmin. mukminlah penghuni surganya Allah.

majakani PERAPAT 3 in 1 said...

janganlah melihat alirannya, tapi lihatlah kenyataannya.bukankah pribadi rasul penuh dgn suri tauladan ? para imam Iran = 1)jauh dari hubbud dunnia.2) mereka punya harga diri drpd mengemis pd US dan sekutunya.3)dlm waktu singkat bisa jadi bangsa yg menguasai teknologi.4)korupsi 0. 5)cara memimpin spt rasul. 6)tdk pernah mundur dlm mendukung Palestine. Apakah itu aliran sesat ? Apakah itu salah ? Sementara yg non Iran bagaimana ? apa yg telah dilakukan ? bukankah mereka telah menjadi agen asing yg bergelimang dgn harta ?. sudah brp lama kita berjuang dgn cara kebenaran menurut kita, hasilnya ? hampir tak pernah tercapai....seharusnya kita berfikir ada apa gerangan, dimana yg salah. saya sendiri bukan syiah, tp saya selalu berfikir positif pd setiap cucu adam yg berjuang melawan kebatilan dan berjuang pd kaum yg tertindas. bukankah rasul memerangi romawi krn kerjasama dgn kabilah yahudi? bukankah iran melawan US cs krn persekutuannya dgn zionis ? sementara arab saudi dan yg lainnya bermainmata dgn musuh? ayo...dimasa rasulullah mereka adalah abu sofyan dan pengikutnya. dalam berteman, menulis, berpolitik hendaklah dilepaskan baju fanatisme suku, golongan,agama, tapi pakailah baju kebenaran yg berkiblat pd alquran.