(Bahagian 1)
Coretan: Ali Zahra
Ramai yang menganggap perang terjadi disebabkan oleh kegilaan manusia pada harta, kuasa atau kadang-kadang disebut kerana kegilaan dunia. Apakah itu benar? Atau perang berlaku kerana gilakan agama yang diyakini.
Agak sukar untuk membezakan antara dunia dan agama. Kerana ramai yang kita ketahui, untuk dunia mereka sangup menggadaikan agama atas nama tuhan dan menipu manusia atas nama agama tuhan. Tetapi, kita mungkin lupa ada segelintir manusia yang menggunakan dunia untuk kepentingan agama mereka. Dan orang seperti inilah, dalam sejarah, yang benar-benar menguasai dunia.
Kita dapati sebelum Adam a.s diciptakan, Iblis (dikatakan mengepalai para Malaikat) tiada masalah menyembah Allah SWT. Iblis dan Malaikat terus sujud kepada Allah SWT tanpa soal, tanpa bangkangan, di mana tiada sekutu dan tiada perantaraan. Ianya langsung kepada Allah SWT. Pertembungan berlaku tatkala Adam a.s diciptakan. Allah SWT memerintahkan Iblis dan Malaikat supaya sujud kepada Adam a.s. Maka timbullah bantahan dari mereka yang dikenali sebagai makhluk yang taat ini. Kini, yang taat pun turut membantah. Sedangkan Allah SWT tetap ingin menjadikan Adam a.s sebagai khalifah-Nya. Maka Malaikat berkata: ”Apakah Engkau menjadikan mereka (khalifah-Mu di muka bumi) yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah? Sedangkan kami bertasbih, bertahmid dan mentaqdiskan-Mu”. Firman Allah SWT: “Aku Maha Mengetahui apa yang tiada kamu ketahui”.
Apakah istimewanya khalifah Allah hingga mengundang bantahan para malaikat dan Iblis? Bahkan malaikat seolah-olah menyatakan bahawa mereka lebih layak menjadi khalifah Allah dengan berkata “Sedangkan kami bertasbih, bersyukur dan mentaqdiskanmu”. Allah SWT menolak pernyataan tersebut dan ternyata malaikat tidak layak untuk menjadi khalifah Allah. (Maka amat menggelikan hati bila ada yang mendakwa ”kita adalah khalifah Allah”).
Iblis tetap enggan sujud kepada Adam a.s. Ia tidak mahu wujud perantaraan antara dia dan Allah (seperti kepercayaan sesetengah orang)dengan alasan bahawa dia dijadikan dari api sementara Adam a.s dijadikan dari tanah. Tapi rasanya Iblis marah kerana bukan dia yang dilantik sebagai khalifah Allah tetapi Adam a.s yang dilantik.
Mengapakah isu khalifah Allah ini begitu penting sehingga Iblis enggan mentaatinya sehingga sanggup menerima hukuman Allah. Dan mengapa Allah melaknat Iblis hanya kerana Iblis enggan sujud pada manusia (Adam a.s) bukannya Allah. Iblis, yang selama ini beribadat puluhan malah ribuan tahun menyembah Allah, menjadi sia sia hanya kerana enggan sujud kepada manusia yang bergelar khalifah Allah. Bukankah ini menunjukkan betapa pentingnya khalifah Allah ?
Di sinilah bermulanya perang agama antara Iblis dan Allah. (Bersambung).
5 comments:
"Sungguh tiada lain pemimpin kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang yang beriman, yaitu orang yang memberikan zakat ketika ruku '. Barangsiapa yang berwilayah kepada Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman, maka sesungguhnya hiz- bullah adalah mereka adalah orang-orang yang menang. "SURAT AL-MAIDAH: 55-56
tafsir yang sebenar
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. MAIDAH: 55-56
jangan saudara seleweng ayat2 Allah dgn tujan membenarkan kesesatn agama saudara.
Mcm mana yg dicipta mrngambil sang pencipta sebagai penolong.. Benarkah tafsiran ini benar.. -Hamba yg pening-
Mcm mana yg dicipta mrngambil sang pencipta sebagai penolong.. Benarkah tafsiran ini benar.. -Hamba yg pening-
Mcm mana yg dicipta mrngambil sang pencipta sebagai penolong.. Benarkah tafsiran ini benar.. -Hamba yg pening-
Mcm mana yg dicipta mrngambil sang pencipta sebagai penolong.. Benarkah tafsiran ini benar.. -Hamba yg pening-
Post a Comment