Bab 1: Pengenalan
Ini adalah cerita yang baru mengenai Islam. Cerita mengenai pergerakan yang dilancarkan oleh Muhammad, Pesuruh Allah, di dalam tahun A.D. 610 di Makkah, dan telah disempurnakan dengan sokongan dari sepupu baginda, Ali ibn Abi Talib, di dalam tahun A.D. 632 di Medina. Di dalam tempoh waktu sembilan puluh tahun dari A.D. 570 apabila baginda dilahirkan di Makkah, kepada A.D. 661 apabila pengganti baginda, Ali ibn Abi Talib, telah dibunuh di Kufa.
Terlalu banyak sejarah Islam yang telah ditulis dimasa-masa silam dan akan ditulis lagi dimasa-masa mendatang. Perkembangan Islam didalam bidang dakwah dimasa kini; terutama kebangkitan semula Islam setelah berkurun-kurun lamanya tenggelam; dan peranan minyak sebagai faktor yang baru didalam dunia politik diabad ini; akan tetapi yang terlebih utama dan yang baru saja berlaku, adalah kejayaan Revolusi Islam di Iran, semua ini sebagai pengerak kepada kebangkitan Islam yang baru di Timur dan Barat. Revolusi di Iran telah memulakan suatu ledakkan diserata dunia untuk membangkitan Islam, dan banyak buku telah ditulis mengenai perkara ini oleh orang Islam dan yang bukan Islam.
Diwaktu ini apabila ketua-ketua pemimpin agama kristian sedang berkerja secara senyap-senyap untuk menyedarkan semula impian asal dan tujuan mereka, ramai orang Islam juga sedang melihat kembali kepada keadaan sebuah negara yang ideal [sempurna] apabila Islam itu ‘bersatu’. Bagaimana pun, Islam hanya bersatu pada masa hidupnya Rasul, Muhammad. Sebaik sahaja Rasul wafat, keretakkan pertama telah mula timbul di dalam perpaduan Islam. Pengikut baginda – para Muslim – telah terbahagi kepada dua golongan. Di dalam perpecahan ini, ramai dari para sahabat baginda disatu kumpulan dan ahli keluarga baginda dikumpulan yang lain. Ketika ahli keluarga baginda sedang sibuk dengan urusan menyiapkan jenazah, sebahagian dari para sahabat sibuk pada ‘melantik’ ketua negara yang baru untuk menggantikan baginda. Diantara waktu wafatnya baginda dan waktu pengkebumiannya, kumpulan para sahabat telah berkumpul disebuah tempat perjumpaan [Saqifa] di Medina, dan disana mereka telah melantik seorang, dari kalangan mereka sebagai ketua yang baru bagi ummah. Mereka kemudian berhadapan dengan ahli-ahli dari keluarga Rasul, lalu memberikan keputusan mereka yang tidak boleh dibantah [dipaksakan]. Pertentangan ini, malangnya, telah menjadi perkara yang kekal di dalam sejarah ummah Islam.
Muhammad, Rasul Allah, adalah dari kaum Banu Hashim. Setelah baginda wafat pada 632 A.D, sepupu, menantu dan juga pewarisnya, Ali ibn Abi Talib, menggantikan baginda sebagai ketua Banu Hashim yang baru. Ramai dari para sahabat Muhammad, Rasul Islam, telah menyimpan secara rahsia rasa permusuhan terhadap beliau. Mereka tidak menunjukkan perasaan permusuhan ini semasa hidupnya Rasul, tetapi apabila mereka dapat menguasai kerajaan baginda di Medina, mereka memastikan supaya kekuasaan ini tidak terlepas, melalui apapun juga kedalam tangan Ali ibn Abi Talib. Dari itu ahli dari keluarga Muhammad, Rasul Allah, telah tewas kepada kuasa manusia ramai, bukan hanya dari kedudukan sebagai pengganti Rasul tetapi juga dari segala kedudukan dan kuasa didalam kerajaan yang dilantik oleh pengikut baginda [para sahabat].
Rakan, pengikut dan penyokong ahli keluarga Muhammad Mustafa, Pesuruh Allah, di dalam sejarah telah di panggil Shia; dan rakan, pengikut dan penyokong para sahabat, iaitu parti yang berjaya merampas tampok pemerintahan di Medina, telah di panggil Sunni. Saya juga akan menyebutkan dua kumpulan tersebut dengan nama-nama ini.
M. Shibli, seorang India, ahli sejarah Islam yang terkenal, telah mengatakan, hampir kesemua sejarah Islam telah ditulis oleh ahli sejarah sunni. Kenyataan ini menunjukkan, ulama’ shia tidak menulis sejarah Islam. Mengapa tidak? Mereka tidak menulis sejarah oleh kerana sebab yang nyata. Semua khalifa, sultan dan raja adalah golongan sunni. Shia tidak boleh menerbitkan interpretasi sejarah Islam yang berlainan dari interpretasi kerajaan, dan shia tidak berhasrat untuk membenarkan apa yang mereka telah yakini, iaitu sesuatu yang telah diubah dari keadaan sebenarnya. Maka shia mengambil keputusan untuk tidak menulis sejarah sama sekali. Dengan sebab itu, maka sejarah-sejarah Islam adalah dari kenyataan ‘rasmi’ kerajaan sahaja, yang telah diterima pakai sekarang. Adalah perkara yang paling logik bagi kerajaan Islam, di abad permulaan untuk melakukan, iaitu mengadakan di dalam sebaran am mereka, cerita-cerita yang dikehendakki oleh mereka sahaja. Begitu juga logiknya peranan penyokong kerajaan yang diperkatakan, pasti mengikuti segala arahannya. Didalam mengikuti kehendak kerajaan, jika mereka-mereka ini [penyokong kerajaan] merasakan perlu untuk menyembunyikan kebenaran atau paling tidaknya pada menafikan cerita dari parti lawan, itu adalah amat logik untuk mereka lakukan.
Tidak ada yang aneh atau yang memeranjatkan didalam atitiut [kerekter] penulis sejarah sunni. Perkara yang paling logik untuk mereka lakukan adalah menegakkan akan sahnya [diterima] peristiwa yang berlaku di Saqifa, dimana sebahagian dari para sahabat, semasa ummah Islam sedang berkabong, telah merampas kerajaan Muhammad.
Tetapi yang memeranjatkan adalah penulis-penulis sejarah dari barat yang menulis mengenai Islam, para Orientalis ini telah menelan dan menerima semuanya, apa saja ahli sejarah ‘istana’ telah berikan kepada mereka sebagai fakta, sama juga seperti sahihnya kitab-kitab mereka [sunni]. Sepatutnya para penulis Orientalis lebih berobjektif, tidak berpihak, dan di dalam persengketaan yang berlaku mereka tidak terlibat secara emosi. Keputusan dari perebutan tertentu, yang berlaku dimasa silam Islam, walau apa juga keputusannya, tidak memberikan sebarang perbezaan kepada mereka.
Bahkan kini, kebanyakkan dari kerja-kerja mereka menunjukkan, bukan kepada fakta tetapi kepada interpretasi dan propaganda dari parti yang memerintah. Dalam hal ini, kerja-kerja mereka adalah turutan dari buku-buku yang telah ‘di ilhamkan’, sebagaimana yang dikatakan oleh komunis, dari ‘golongan pemerintah’ Muslim.
Kerja-kerja para Orientalis boleh mempunyai nilai saintifik, jika mereka mematuhi nasihat dari ahli sejarah Islam berbangsa Spanyol yang terkemuka, Dr. J. A. Conde. Dia berkata: “Suatu bentuk penyelewengan yang mendampingkan dirinya pada urusan manusia yang mengarahkan bahawa didalam hubungan kejadian sejarah, mereka-mereka yang begitu penting akan jatuh ketahap serendah-rendahnya melalui saluran-saluran yang meragukan dari penyampaian penulisan oleh parti yang menang. Perubahan empair, terjadinya revolusi yang penting dan jatuhnya dinasti yang terkenal, kesemuanya boleh dikaitkan dengan penyampaian yang sebegini. Adalah dari penulis Roman sendiri bahawa sejarah keagungan mereka telah ditulis; cerita-cerita mengenai penentangan dan peperangan sengit yang mereka alami dengan Carthaginian telah sampai kepada kita dari penulis-penulis mereka; atau jika penulis Greek menulis perkara tersebut, penulis-penulis ini adalah dari kalangan penyokong-penyokong yang bergantung pada pihak Roman; dan mereka adakan sanjungan dan pujian yang berpihak kepada Roman. Maka terlihatlah kepada kita Scipio sebagai wira yang paling disanjungi, tetapi itu bukanlah yang sebenarnya, kerana sejarah hidupnya telah ditulis oleh hasil kerja penyokong dan pemujanya? Adalah benar bahawa kebangsawanan lagi terkenalnya Hannibal, tidak akan dilihat sebagai yang sebaliknya, walaupun jika yang menyampaikan cerita itu adalah musuh beliau; kerana jika tidaklah kerana kekejaman, kebencian dan polisi agresif Roman, yang mengarahkan supaya dimusnahkan segala bahan sejarah mengenai Carthage purba dan penduduknya serta peperangan mereka dengan Roman, maka General-genaral yang terkenal itu akan dilihat oleh kita dari satu sudut aspek yang berlainan dari apa yang di bentangkan oleh mereka yang biadap [barbarian] lagi kejam itu, seperti yang telah diulas oleh Livy dan diterima oleh pembaca sebagai gambaran Hannibal. Maka diskriminasi yang adil lagi saksama melarang kami dari merasa cukup dengan testimoni dari satu pihak sahaja. Ini memerlukan pada perbandingan diantara dua testimoni dengan di teliti tanpa berpihak, dan menyatakan semula semua yang ditemui, dengan tiada mempunyai niat yang lain dari untuk mendapatkan kebenaran.’ [History of the Dominion of the Arabs in Spain translated from Spanish by Mrs. J. Foster, Volume 1, page 1]
Tidaklah boleh dikatakan bahawa ramai penulis Orientalis telah tidak memberikan banyak sumbangan yang berharga di dalam pengajian, pengetahuan dan pemahaman mengenai Islam. Hanya dari usaha mereka sahaja khazanah Islam yang tidak ternilai harganya, seperti sejarah, seni dan kesusasteraan telah dapat diselamatkan dan kini dikekalkan. Besar kemungkinan banyak dari khazanah-khazanah tersebut telah lupus untuk selamanya jika tidak dari usaha mereka untuk menyelamatkannya. Diantara mereka ada yang mengetahui secara khusus mengenai pengajian Islam, dan pengetahuan mereka adalah umpama ensiklopedia. Mereka telah membaca dan mengumpulkan bahan-bahan yang khusus dengan banyaknya, dan kemudian memendekkan, menyusun dan menyuntingnya didalam bentuk kritikal analisis. Sebahagian dari mereka telah menghabiskan usia dan harta didalam pengajian tentang Islam, dan kepada mereka-mereka ini, dunia Islam telah terhutang budi dan juga jasanya.
Tetapi walaupun begitu, kecintaan penuntut-penuntut Barat yang mendalam pada ilmu pengetahuan, dan keinginan kepada kebenaran telah dapat di lihat apabila ramai dari mereka menyebut mengenai Islam; sejarah dan institiusinya, kadang-kala mereka telah tersasar [tersalah]. Sesuatu yang amat menakjubkan, tetapi benar, bahawa sebahagiannya telah memperlihatkan ketidak mampuan mereka untuk melihat menembusi peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku berulangkali, kepada sesuatu yang tidak jelas fakta dan kebenarnya. Dan sebahagian dari mereka, bahkan gagal untuk melihat kepada fakta yang nyata.
Saya telah sebutkan diatas, prinsip-prinsip pada penulisan saintifik dan sejarah yang saksama sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Dr. Conde, yang mana dirinya sendiri adalah seorang Orientalis yang terkemuka. Prinsipnya, adalah, tidak ada pakar penilai dalam ilmu sejarah, maka semuanya bergantung kepada apa yang diterima akal, dan tidak ada yang mistik [misteri] mengenainya. Dan bahkan, ramai dari para Orientalis telah menerima dan mempercayai sesuatu yang bodoh, seumpama peristiwa-peristiwa yang berlaku sejurus setelah wafatnya Muhammad, sebagaimana yang telah disampaikan oleh kerajaan yang berjaya merampas tahta untuk diri mereka.
Contoh yang amat jelas pada memperdayakan, dan penerimaan yang salah pada asasnya oleh para Orientalis didalam hal ini, adalah penerimaan mereka sebagai ‘fakta’ sejarah palsu bahawa Muhammad, Rasul Allah, wafat tanpa melantik sesiapa sebagai penggantinya, dan bahawa baginda meninggalkan masalah mencari ketua bagi ummah Muslim kepada kebijaksanaan pengikutnya sendiri.
Tiada seorangpun Orientalis yang berhenti sejenak, sejauh yang saya tahu, untuk menyelidikki sama ada ianya benar atau pun munasabah bahawa Muhammad telah meninggalkan ummah Muslim tanpa pemimpin, sehinggakan mereka terpaksa mencari seorang pengganti dengan tiada sebarang peraturan pada cara perlantikkannya, ianya adalah milik semua, apa cara saja boleh dipergunakan untuk mendapatkan kuasa. Dengan menjauhkan diri dari bersusah payah pada mencari kebenaran, maka para Orientalis hanya bersetuju dengan para penulis sejarah sunni bahawa Muhammad, seorang Rasul Islam, tidak mempunyai keinginan dan pilihan terhadap perlantikkan penggantinya; dan apa sahaja yang berlaku di Saqifa adalah sah dan betul dan untuk kepentingan ummah Islam.
Kecondongan para Orientalis kepada pro-Saqifa telah membawa mereka kearah jalan yang buntu dimana mereka tidak dapat menemui jawapan kepada banyak persoalan-persoalan yang asas didalam sejarah Islam, dan kini mereka dapati diri mereka terjebak sama seperti ahli sejarah sunni kedalam sangkar pertentangan, paradoks dan tidak diterima akal.
Ramai ahli sejarah sunni dan juga diantara penulis Orientalis telah membuat percubaan untuk memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh Ali ibn Abi Talib di dalam sejarah Islam. Mereka berhak diatas pendapat dan tanggapan mereka sendiri, walaupun jika ianya tidak mempunyai kaitan kepada fakta sebenar. Didalam penulisan saya ini, saya akan cuba menyatakan segala-galanya dengan fakta. Dalam melakukannya, saya amat berharap semoga fakta itu sendiri dapat menjadi ‘pengadil’ [penentu]. Oleh kerana fakta sebenar adalah ‘pengadil’ yang tidak berpihak, maka ia boleh diambil kira sebagai pengimbang terhadap penilaian kepada sesuatu peranan yang dimainkan oleh beberapa pelakon utama di dalam sejarah Islam. Saya telah memilih dan mengikatkan kesemuanya kepada seurat benang, seumpama mutiara, dan menjadikannya ‘rantai leher’, supaya kebanyakkan mereka dapat dilihat pada satu tempat.
Sejarah tidak mempunyai mahkamah agung yang dapat memberikan keputusan; aesuatu itu adalah rakaman-rakaman peristiwa yang telah tersilap. Tetapi sejarah dengan sendirinya boleh mencari mahkamah agungnya sendiri atau tribunal yang berobjektif didalam penerimaan logik terhadap fakta.
Saya mempunyai sebab-sebab lain yang amat pragmatik di atas pergantongan kepada fakta. Didalam menulis cerita-cerita mengenai permulaan Islam, terdapat 3 punca utama, yakni, al-Quran al-Majid [kitab Islam yang diwahyukan]; hadith [perbuatan dan perkataan Muhammad, sebagaimana yang telah disampaikan oleh rintitan perawi-perawinya]; dan peristiwa yang dirakamkan oleh ahli sejarah Arab. Dari ketiga-tiga ini, yang pertama, yakni al-Quran, telah diperakui oleh semua Muslim sebagai yang asli. Jika Muslim mencabar penguasaan al-Quran, dia dengan sendirinya menjadi murtad. Al-Quran dan apa yang ada didalamnya, sebagi saorang Muslim mempercayainya tidak berubah, tetapi penafsiran dan penghuraian kepada ayat-ayatnya banyak yang bertentangan, dan tidak terdapat apa-apa bukti yang boleh mengatakan bahawa penafsiran sesuatu jamaah [golongan] itu adalah yang betul. Hadith juga mempunyai kecacatannya, terlalu banyak yang palsu dan hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang diterima pakai oleh sunni dan shia sebagai sahih. Maka saya menjadi amat pemilih, dan hanya menyatakan ayat-ayat al-Quran dan juga hadith-hadith yang mana interpretasi perbezaannya diantara sunni dan shia adalah minima. Tetapi fakta sejarah adalah satu bidang dimana tidak mempunyai banyak ruang untuk dipertikaikan.
Saya banyak menggunakan kenyataan dari ahli-ahli sejarah baru dan lama, di dalam buku ini, pada peristiwa atau keadaan yang sama. Saya melakukannya, hanya untuk membentangkan kepada para pembaca lebih dari satu sudut pandangan atau lebih dari satu interpretasi terhadap satu-satu kejadian yang penting. Kejadian yang sama, dipandang dari sudut yang berlainan, kelihatan berbeza-beza dari pemerhatian yang berlainan maka terdapatlah berlainan interpretasinya. Dengan harapan semoga para pembaca berkongsi pendapat seperti yang telah saya terokai, dengan seringkali memberikan lebih dari satu pandangan ahli sejarah untuk menyatakan cerita yang sama. ‘Biarkan ahli-ahli professional melakukan tugas-tugas itu,’ inilah cogan kata saya didalam menyatakan semula kebanyakkan dari fakta-fakta yang penting didalam sejarah Islam.
Lagi satu sebab mengapa saya membentangkan testimoni para ahli-ahli sejarah dengan banyaknya, adalah untuk memuatkan thesis saya dengan bukti-bukti, supaya para pembaca, jika mereka berhajat, boleh merujuk semula kepada puncanya yang dipercayai.
Telah dikatakan bahawa, sungguh mencabar untuk menyelidik kepada apa yang belum diketahui, malahan lebih mencabar lagi, untuk bertanyakan kepada apa yang telah diketahui. Kebanyakkan dari ‘apa’ yang dikatakan sebagai ‘fakta yang diketahui’ di dalam sejarah kelahiran Islam, adalah tidak lebih dari ketaatan-ketaatan kepada tanggapan-tanggapan ataupun berhajatnya mereka kepada ketaatan, yang mana dengan kekerapan mengulangi melakukan sesuatu itu dari generasi-generasi Islam yang terdahulu, yang telah menerimanya sebagai sebatian, jika tidakpun sebagai ‘status kepada kepercayaan’. Apabila saya bertanyakan mengenai cerita-cerita para Muslim ini, yang berselindung diri dari ‘kebenaran sejarah’, saya dapati cerita-cerita mereka tidak dapat bertahan dari diteliti dengan di kritik secara analistik. Terpulanglah kepada para pembaca untuk mempertimbangkan sama ada untuk terus mempercayainya atau untuk menerima yang sebenar, dimana sebahagian darinya adalah amat pahit. Terdapat juga manusia yang takut kepada kebenaran. Kebenaran seolah-olah mengancam illusi, tahyul yang diminati, dan juga kepercayaan mereka. Ini semua, setelah sekian lama menjadi pegangan dan telah sebati di dalam diri dan kini mereka merasa aman dan selesa untuk hidup dengannya tanpa sebarang ‘gangguan dari kebenaran’. Mereka telah samakan kebenaran ini sebagai yang ‘memusnahkan’. Sedangkan kebenaran sahajalah yang dapat memberikan keselamatan yang sebenar kepada diri mereka. Kebenaran hendaklah ditegakkan dengan apa saja sekalipun, dan oleh semua, terutama sekali oleh ahli-ahli sejarah. Kebenaran hendaklah diperjuangkan walaupun ianya menyakitkan orang yang terdekat kepada kita dan memberi manfaat kepada musuh. Kejujuran yang paling utama bagi ahli sejarah adalah kepada kebenaran dan tidak ada yang dapat memalingkan dirinya dari itu.
Peperangan pendapat dan pertentangan pendirian telah menjadi lebih menarik apabila tumpuan penyelidikan beralih dari konsep filosofi dan politikal doktorin yang absterak kepada watak [karekter] dan personaliti, yang memainkan peranan utama didalam peristiwa-peristiwa yang sedang dikaji. Sejarah kini hidup kembali dengan watak-watak mereka, bergegar dengan perwatakan yang telah ‘menjadikan peristiwa’ atau bertindak kepadanya atau bertindak keatasnya. Mereka melahirkan sejarah dengan element ‘kepentingan manusia’, dan sentuhan aksi peristiwa.
Apa juga sejarahnya – kemalangan atau malapetaka yang tidak dapat dielakkan, atau tekanan ekonomi atau tindakkan pemerintah yang kuat atau hasil dari tindakkan yang tiada siapa memahami atau pandangan manusia secara kolektif – apa juga sejarahnya, bangsa Arab itu sendiri yang melihat dan menghuraikan sejarah-sejarah mereka, lebih berpandukan kepada tindakkan peribadi dari yang lainnya. Dan mereka mungkin juga betul. Sebagaimana juga di dalam lain-lain bidang yang diceburi, sejarah adalah hasil dari mereka yang bertindak. Di dalam tindakbalas ini, bukanlah ada sesuatu kuasa asing tetapi manusia itu sendiri. Pertentangan yang berlaku didalam sejarah bukanlah dari petikan filosofi, ekonomi atau sosiologi tetapi diantara manusia. Telah dikatakan bahawa didalam keadaan sosiologi yang bagaimana sekalipun, sejarah tidak boleh mengabaikan faktor kemanusiaan.
Sejarah, 23 tahun pertama kerjaya Islam telah menunjukkan Pentadbiran Muhammad sebagai Pesuruh Tuhan, di sebilangan besar darinya, bersama baginda, dari tindakkan peribadi penyokongnya Ali ibn Abi Talib. Ini adalah testimoni sejarah. Tetapi testimoni ini yang ramai ahli sejarah berterusan cuba untuk menutupinya. Kepada testimoni inilah saya cuba mengambil perhatian pembaca kepada buku ini.
Tetapi dengan tidak melupakan kekurangan-kekurangan yang terdahulu dan yang kini oleh ahli sejarah Barat tentang Islam, masih ada harapan baru terhadap ahli sejarah yang akan datang, yang akan mengisi segala yang telah dikeluarkan dan juga kegagalan dari ahli sejarah yang terdahulu. Apa yang mereka perlu lakukan adalah tidak condong pada mana-mana pihak, dan tidak menerima secara membuta-tuli setiap penghuraian dan keputusan yang telah menjadi adat sejarah Islam, tetapi untuk membongkar kebenaran itu sendiri melalui rujukan dan penelitian terhadap bukti.
Didalam pengenalan pada Cambridge History of Islam, Volume 1, diterbitkan oleh University Press, Cambridge 1970, P. M. Holt menulis: “Pengajian terhadap sejarah Islam kini sedang membangun, banyak dari perkara-perkara yang tertentu dari para sejarah Barat yang lalu [selalunya membayangkan pandangan dan penghuraian ahli sejarah Islam terdahulu] kini telah terhapus, dan dengan perlahan berserta penyelidikan yang mendalam pemahaman yang sebenar terhadap masa silam akan diketahui.’
Percubaan untuk menterjemah sejarah Islam, terutama sejarahnya di abad pertama, adalah umpama memijakkan kaki dilapangan periuk api; ianya penuh dengan kontroversi, celaan dan pertentangan, dan sesiapa yang menghampirinya hendaklah penuh berhati-hati. Walau bagaimana pun interpretasi tetap kekal sebagai asas untuk memahami sejarah. Tanpa interpretasi, sejarah menjadi longgokkan timbunan informasi yang tidak teratur dan katalog peristiwa yang ‘mati’ dan tarikh-tarikh yang tidak berkaitan. Ya peristiwa-peristiwa yang ‘mati’ ini kembali hidup apabila kesan-kesan itu dikaitkan kepada penyebab dan perhubungan kepada fakta dapat dibuktikan. Satu fakta didalam menguatkan kepada fakta yang lain dapat menunjukkan kebenaran sejarah itu sendiri; tetapi jika bersendirian ia mungkin tidak punya erti.
Bahkan hubung-kait Einstein [relativity] adalah kefahaman kepada dunia, bukanlah sebagai peristiwa berturutan, tetapi sebagai hubung-kait.
Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas, terdapat banyak buku-buku mengenai Islam, tetapi kebanyakkannya adalah ulangan [stereotype], interpretasi mengenai cerita kelahiran, membesar dan pengalaman agamanya; sebagaimana yang telah disampaikan kepada pengarang mereka dari ahli sejarah istana yang dikuasai kerajaan yang dilahirkan dari saqifa, dan kerajaan-kerajaan selepasnya – kerajaan Damascus dan Baghdad. Cerita-cerita ini, bagaimana pun mempunyai versi nya yang berlainan juga.
Prinsip kanun [perundangan] Roman dahulu adalah: ‘Di dalam mana-mana perbalahan, dengarlah pada pihak yang satu lagi’ atau ‘biarlah pihak yang sebelah lagi didengari’ Tindakkan bersepadu manusia – yang dikatakan politik – adalah penuh dengan trajedi-trajedi yang menyayat hati yang telah merosakkan kehidupan setiap orang dibumi ini. Kebanyakkannya dapat dielakkan jika undang-undang ini dipatuhi oleh semua.
Prinsip yang dipertikaikan, hendaklah didengarkan dari kedua belah pihak – cara inilah yang digunakan di dalam sistem perundangan di setiap negara; terutama sekali di Amerika Syarikat dan di Eropah. Thomas Jefferson telah memperjelaskan prinsip ini, yang tanpanya tidak akan ada keadilan, apabila dia mengatakan: "Demi Tuhan, biarlah kita dengarkan dari kedua belah pihak. [‘For God’s sake let us freely hear both sides."] Penuntut pengajian Islam di Amerika dan Eropah, biasanya telah mendengar cerita dari satu pihak sahaja; buku ini adalah satu percubaan untuk membentangkan cerita sejarah Islam dari pihak yang lain. Dengan tujuan ini saya serahkan pengadilannya kepada para pembaca.
Dari yang Takut, lari dari kebenaran yang baru;
Dari yang Cuai, kandungannya sebahagian sahaja yang benar;
Dari yang Angkuh, merasakan telah mengetahui segala yang benar;
Wahai Tuhan yang Benar Selamatkanlah kami!