Wednesday, March 25, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Sungguh tiada lain pemimpin kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang yang beriman, yaitu orang yang memberikan zakat ketika ruku '. Barangsiapa yang berwilayah kepada Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman, maka sesungguhnya hiz- bullah adalah mereka adalah orang-orang yang menang. "SURAT AL-MAIDAH: 55-56
Dalam tiga dekad terakhir ini, Islam mengalami perkembangan yang cukup signifikan secara kuantiti dan kualiti. Pelbagai wacana pemikiran baru dalam bidang keagamaan, keghairahan masyarakat dalam melakukan beragam praktik keagamaan, dan terbukanya ruang dialog antara kaum beriman yang kian marak kebelakangan ini merupakan sebahagian petandanya.
Islam memegang peranan penting bagi penyegaran dan praktik keagamaan di Nusantara. Umat Islam sebagai umat majoriti di rantau ini, telah teruji dalam rentang sejarah perkembangan dan pendewasaannya yang panjang. Semangat bertauhid yang kian terserlah dan mendambakan anjakan paradigma, dengan tetap terikat pada tradisi-tradisi suci kenabian, menjadi pembaharu format keagamaan masyarakat serantau. Dari sudut lain, sikap ini tidaklah menyempitkan ruang gerak praktik keagamaan penganut agama lain atau aktiviti-aktiviti lainnya, baik aktiviti kemasyarakatan maupun individu.
Namun, kerukunan hidup harmonis dan saling menghormati antara pegangan dan agama akan terancam sekiranya tidak ada sistem dan mekanisma yang memeliharanya. Perselisihan sekecil apa pun yang tidak dikendalikan dengan baik dapat berkembang menjadi konflik berskala luas. Taruhannya adalah disintegrasi bangsa dan kerukunan hidup antara kaum beriman.
Demi mewujudkan dan menjaga kerukunan sosial keagamaan yang harmonis, ruang dialog antara mazhab dan agama perlu diberi ruang seluas-luasnya sehingga tercipta saling keterbukaan dan kerjasama antara umat manusia secara kreatif, membina, dan positif. Dengan demikian, diharapkan terwujudnya persatuan kemanusiaan (ukhuwah basyariyah), persatuan keimanan (ukhuwah imaniyah) dan persatuan keislaman (ukhuwah Islamiyah). Pada ketiga platform inilah, institusi Hauzah Ar Redha (a.s) menetapkan halatujunya.
Terwujudnya masyarakat Islam yang terserlah secara spiritual dan intelektual dengan integrasi tinggi dalam membuka cakrawala baru.
1. Menemukan dan mewujudkan nilai-nilai keislaman Muhammadi s.a.a.w. dalam segenap perilaku kehidupan manusia.
2. Membangun budaya Islam yang mengandungi nilai-nilai spiritual.
3. Mendorong semangat intelektual yang jernih dan Islami.
4. Menghurai dan membina kefahaman Islam yang selari dengan al-Quran dan sunnah.
5. Menumbuhkan rasa cinta kepada Allah, Anbiya’ dan Para Rasul, Ahlul Bait dan Para Au’liya’, serta sesama manusia.
6. Menyuluh akhlak mulia dalam setiap aspek kehidupan berbangsa dan bernegara.
1.Menghasilkan dan menterjemahkan kefahaman Islam Muhammadi s.a.a.w. kepada masyarakat di bawah naungan ajaran keluarga Nabi s.a.a.w. dan sahabat-sahabatnya yang setia.
2. Melakukan berbagai penelitian dan pengkajian mengenai segala hal yang berkaitan dengan kondisi masyarakat Islam.
3. Menyelenggarakan pertemuan-pertemuan dalam berbagai bentuk dan pendekatan untuk mengkaji dan merumuskan strategi pelaksanaan dakwah.
4. Mewujudkan hubungan individu dan institusi dengan berbagai instisusi Islam, baik dalam negeri mahupun luar negeri.
5. Mengemukakan setiap wacana keislaman yang konstruktif dan inovatif dalam berbagai bentuknya.
6. Secara berhati-hati memantau pelbagai perkembangan kemasyarakatan dalam bidang keagamaan demi kepentingan dakwah Islam.
7. Turut mengambil bahagian secara aktif dalam mencipta perubahan kehidupan beragama dengan mengembangkan syiar Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.a.w. serta keluarganya yang suci.